Mata merupakan salah satu anggota badan yang amat penting bagi manusia dan haiwan yang digunakan sebagai deria penglihatan. Oleh yang demikian, mata adalah amat penting bagi aku. Dengan mata aku dapat melihat keindahan ciptaan Allah, lebih bermakna lagi dapat melihat insan tersayang.
Tetapi dalam masa yang sama juga, mata aku selalu buat hal. Rasa mengantuk, tetapi tidak mahu dilelapkan. Mengapa dan kenapa, aku sendiri tidak dapat jawapannya. Mungkin kerana mata dikawal oleh otak, semua anggota badan dikawal oleh otak. Otak yang banyak berfikir, mungkin menyebabkan tidur aku terganggu.
Oh! Mengapakah keadaan ini sering berlaku? Adakah aku menghidap penyakit insomnia, penyakit tidak boleh tidur. Tidak, ini tidak mungkin. Aku tidak boleh tidur, mungkin kerana aku terlebih tidur di waktu siang. Banyak berfikir, susah mahu tidur.
Sekadar merepek di pagi hari. Selamat hari Khamis semua!